Dalam perkembangan dunia yang pesat
membangun sekarang ini, pelbagai informasi sangat mudah diperoleh, salah
satunya ialah berita. Berita dapat disalurkan melalui pelbagai medium
elektronik seperti internet, televisyen, radio dan bahan bercetak seperti surat
khabar, risalah dan sebagainya. Berita-berita yang disebarkan itu datangnya
daripada pelbagai sumber dan dari sudut pendapat yang berbeza. Namun begitu,
pengaruhnya amat kuat terhadap masyarakat dilihat sebagai satu fenomena yang
sangat membimbangkan, khususnya dalam mengupas isu-isu yang berkaitan dengan
guru. Hal ini membawa seribu satu persoalan, persepsi dan pandangan dari
pelbagai sudut, baik dari segi positif mahupun negatif, terutamanya terhadap
profesion perguruan khususnya dan kepada guru amnya.
Umum
mendefinisikan guru sebagai seorang yang mengajarkan sesuatu ilmu kepada murid
di setiap peringkat usia dan tingkat tahap pendidikan itu sendiri. Ragbir Kaur
(2007), pula mendefinisikan guru adalah sebagai insan yang mendidik murid dalam
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai didiplin dalam
kurikulum sekolah. Mok Song Sang (2007), mentakrifkan guru adalah pendidik dan
pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan
untuk kemajuan Negara pada masa akan datang. Merujuk kepada Kamus Dewan (1989),
perkataan perguruan yang diertikan dalam konteks pendidikan ialah pengajaran,
contohnya perguruan kepada guru, murid dan sebagainya. Manakala keguruan pula
diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, seperti peranan, tugas,
kelayakan, sifat dan lain-lain perkara sebagai guru. Misalnya masyarakat
memandang tinggi kepada nilai keguruan yang ada pada seseorang guru, yang
menjelaskan tentang ciri-ciri serta sahsiah yang dimiliki oleh guru tersebut.
Profesion
pula memiliki maksud yang sangat luas khususnya dalam aspek pekerjaan. Ianya
membawa dimensi dan penilaian yang berbeza antara suatu pekerjaan dengan
pekerjaan yang lain dalam konteks standard dan kesan terhadap individu yang
terlibat dalam pekerjaan tersebut.Dalam menghuraikan sama ada sesuatu pekerjaan
itu boleh diklasifikasikan sebagai profesion atau tidak, maka kita perlu
melihat kepada ciri-ciri berikut :
Rajah 1: CIRI-CIRI PROFESIONAL
Dalam
menjelaskan makna sebenar konsep profesion perguruan, adalah lebih molek jika
kita menilainya daripada dua sudut pandangan yang berbeza agar ianya dapat
dilihat dan difahami dengan lebih efektif. Menurut Awang Had Salleh (1980),
beliau memperihalkan bahawa perguruan adalah lebih mirip kepada pekerjaan
berbanding profesion. Mok Soon Sang (1996) pula telah menjelaskan konsep
profesionalisme dalam kalangan guru sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup
bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntabiliti dan bermoral tinggi,
mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya. Kedua-dua pendapat ini dapat menyimpulkan secara ringkasnya
konsep profesion perguruan dan menjelaskan bagaimana perguruan itu dianggap
sebagai satu profesion yang mempunyai standard yang tersendiri.
Sebagai seorang
guru, kita terikat dengan etika keguruan. Etika adalah panduan dan ketetapan
yang telah digariskan terhadap setiap perlakuan untuk memastikan matlamat yang
ingin dicapai dapat diperolehi seperti yang telah ditetapkan. Sebagai contoh,
dalam konteks ingin membentuk sahsiah yang terpuji dalam diri seseorang guru,
adalah menjadi tanggungjawab guru tersebut untuk mempraktikkan etika keguruan
dalam diri masing-masing sebagai usaha untuk mencapai hasrat menjadi seorang
guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini masyarakat telah banyak menyaksikan
pelbagai isu negatif yang telah menafikan akuantabilti dan etika keguruan dalam
kalangan guru pada masa ini. Sudah acapkali kita melihat berita-berita yang
memaparkan kes tindakan salah laku guru disiarkan.Sebagai contohnya, kes
mengenai kebocoran soalan UPSR yang lalu. Sebagai guru, kita sepatutnya lebih
bertanggungjawab terhadap soalan yang diamanahkan untuk disampaikan kepada anak
murid kita. Jangan kerana ingin melihat meraka mendapat keputusan yang baik
dalam peperiksaan, kita menggadai maruah sebagai seorang guru. Seekor kerbau
membawa lumpur, habis semua terpalit. Seorang yang membuat onar habis semua
turut dikaitkan. Namun begitu, kes ini masih disiasat hingga ke hari ini. Lebih
membimbangkan lagi, peratus berlakunya isu yang melibatkan etika keguruan ini
yang tidak menyenangkan ini tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan, malahan
semakin meningkat. Dalam akhbar-akhbar harian tempatan, sama ada akhbar
bercetak dan juga akhbar yang boleh diakses melalui internet, setiap terbitan
yang terkini tidak pernah lekang dengan topik kebejatan etika keguruan. Contoh-contoh
berita yang telah disiarkan merupakan
bukti yang kukuh, bahawa etika keguruan yang semakin membarah dan berpotensi
tinggi memberi impak terhadap akauntabiliti dan integriti seorang guru
tersebut.
Media
massa lebih banyak dan kerap memaparkan kes-kes negatif yang melibatkan
profesion perguruan berbanding menyiarkan perkara-perkara yang positif. Hal ini
perlu dipandang serius dan ditangani dengan segera sebelum barah menjadi parah.
Pihak-pihak yang berkenaan seperti pihak media, pihak kementerian dan
organisasi di sekolah itu sendiri perlu menggiatkan usaha untuk mengangkat dan
meningkatkan semula martabat profesion perguruan yang kian terjejas dan
menghakis dari hari ke hari. Antara tindakan yang paling drastik yang diambil
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah melancarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Pelan ini telah dilancarkan pada 6 September
2013. Pelan itu menyaksikan sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi dari
segi sistem pendidikan Negara. Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia:
Rajah 2 : 11 Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang lalu dilihat sebagai suatu
anjakan positif bagi meningkatkan taraf pendidikan Negara ke tahap global. 11
elemen yang terdapat dalam pelan tersebut perlu dijadikan kayu ukur bagi
menyumbang kepada penambahbaikkan sistem pendidikan yang ada di Malaysia,
selain turut menyasarkan perguruan dijadikan sebagai profesion pilihan. Dengan
menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan, ia mampu meletakkan kerjaya
tersebut pada tahap profesional. Jika sebelum ini terdapat segelintir
masyarakat yang berpendapat bahawa profesion keguruan adalah kerjaya yang mudah
untuk digalas, namun dengan anjakan sebagai profesion pilihan, masyarakat akan
sedar bahawa bukan semua orang layak bergelar guru dan dianugerahkan ciri-ciri
seorang pendidik. Menjadi seorang guru pada hakikatnya memerlukan nilai-nilai
murni yang tinggi, personaliti yang khusus, kepakaran dan kemahiran dalam
bidang mengajar serta kebolehan sampingan yang menjadi nilai tambah kepada
seseorang guru.
Pendekatan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengangkat martabat profesion perguruan secara langsung mmpu melahirkan lebih ramai golongan guru yang bukan sahaja boleh mengajar di sekolah kerajaan tetapi juga di sekolah swasta dan antarabangsa. Peluang bergelar usahawan juga terbuka kepada guru apabila mereka mampu membuka pusat tuisyen sendiri serta berupaya memberi bimbingan tambahan kepada para pelajar. Fokus utama kementerian untuk meningkatkan kualiti guru bukan sahaja memberi manfaat kepada Negara, malahan mampu menyumbang kepada keperluan Negara-negara membangun lain yang turut memerlukan tenaga pengajar profesional. Individu yang mahu menjadi seorang guru perlu sedar bahawa menggalas tugas sebagai pendidik bukan sekadar memenuhi keperluan ekonomi, malahan lebih daripada itu ia memikul amanah besar dalam melahirkan modal insan berkualiti untuk Negara. Guru yang ada pada hari ini merupakan calon terbaik yang dipilih bagi menggalas tugas mengajar anak bangsa. Mereka juga bukan sahaja dinilai dari sudut akademik semata-mata, malah meliputi asas kepimpinan, pengurusan dan juga sahsiah peribadi.
Pendekatan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengangkat martabat profesion perguruan secara langsung mmpu melahirkan lebih ramai golongan guru yang bukan sahaja boleh mengajar di sekolah kerajaan tetapi juga di sekolah swasta dan antarabangsa. Peluang bergelar usahawan juga terbuka kepada guru apabila mereka mampu membuka pusat tuisyen sendiri serta berupaya memberi bimbingan tambahan kepada para pelajar. Fokus utama kementerian untuk meningkatkan kualiti guru bukan sahaja memberi manfaat kepada Negara, malahan mampu menyumbang kepada keperluan Negara-negara membangun lain yang turut memerlukan tenaga pengajar profesional. Individu yang mahu menjadi seorang guru perlu sedar bahawa menggalas tugas sebagai pendidik bukan sekadar memenuhi keperluan ekonomi, malahan lebih daripada itu ia memikul amanah besar dalam melahirkan modal insan berkualiti untuk Negara. Guru yang ada pada hari ini merupakan calon terbaik yang dipilih bagi menggalas tugas mengajar anak bangsa. Mereka juga bukan sahaja dinilai dari sudut akademik semata-mata, malah meliputi asas kepimpinan, pengurusan dan juga sahsiah peribadi.
Objektif kerajaan untuk melahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang akan lebih mudah direalisasikan dengan peranan dan bantuan yang dipikul oleh guru. Tanggapan masyarakat yang memandang rendah terhadap kerjaya guru perlu dihakis sekiranya mahu ia dijadikan sebagai profesion pilihan. Profesion sebagai guru ini sewajarnya dianggap setaraf dengan kerjaya profesional yang lain kerana guru merupakan subjek utama yang menjadi pemangkin terhadap kemajuan pendidikan bangsa dan Negara. Pandangan rendah segelintir masyarakat terhadap kerjaya guru membuatkan ramai orang kurang yakin untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Tetapi kita jangan lupa bahawa seorang guru sememangnya telah terlatih dan lengkap sebagai seorang profesioanal untuk mendidik pelajarnya. Seorang guru yang cemerlang dan mempunyai kebolehan, kemahiran serta kualiti sebagai pendidik secara langsung berupaya memacu Negara ke suatu tahap yang lebih baik berdasarkan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh mereka. Sebagai guru, seharusnya kita menjadikan bidang ini sebagai profesion pilihan dan dihormati agar ia dapat membuka mata masyarakat terhadap profesion ini serta dapat menarik minat mereka di luar sana untuk menceburi bidang perguruan ini.
Dewasa ini, kita dapat lihat bahawa ramai orang berebut-rebut untuk menjadi seorang guru tetapi kebanyakannya bukanlah sebagai pilihan utama. Tindakan mereka juga didorong oleh beberapa faktor lain seperti pengangguran, desakan ahli keluarga jika ibu atau ayahnya seorang guru. Ini kerana ibu dan bapa tersebut mahu salah seorang daripada anak mereka mewarisi kerjaya ini. Oleh yang demikian, hal ini berlaku bukannya atas minat dan kesedaran dalam diri sendiri untuk menceburi bidang ini. Jika hasrat tersebut bukannya datang dari hati sanubari individu itu sendiri, maka nilai kecintaan terhadap kerjaya ini akan berkubur. Jika seseorang guru mempunyai minat dan disiplin yang tinggi terhadap kerjaya, mereka akan bekerja dengan lebih tekun dan bertanggungjawab serta lebih bersemangat tanpa perlu mengharapkan pandangan yang tinggi daripada masyarakat. Kita sebagai warga pendidik perlu mengangkat profesion ini ke tahap yang lebih tinggi agar dapat memupuk rasa bangga dalam diri kita kerana kita menjadi sebahagian daripada golongan tersebut.
Selain itu, untuk membolehkan
profesion perguruan ini dapat ditingkatkan, kita perlulah melibatkan guru-guru dengan kursus yang
berkaitan. Kursus atau seminar adalah antara mekanisme terbaik untuk
mendapatkan ilmu serta meningkatkan kemahiran-kemahiran yang pelbagai. Ianya
bukan sahaja boleh dilakukan di sekolah, malah penganjuran kursus ini turut
dilakukan oleh pihak kementerian di setiap peringkat untuk disertai oleh
guru-guru. Sebagai contoh, inisiatif yang baik dari pihak sekolah ialah dengan mengadakan latihan dalam perkhidmatan (LDP)
untuk meningkatkan lagi profesion keguruan dalam kalangan guru di sekolah saya.
Seterusnya ialah menggiatkan program-program yang berfokuskan kepada guru. Guru merupakan model yang terbaik untuk dicontohi oleh murid-murid dan seringkali dikatakan sebagai “role model”. Guru-guru yang mempamerkan ciri-ciri penampilan yang sesuai dimodelkan supaya tidak bertentangan dengan etika guru. Justeru itu, pihak yang berwajib perlu mempergiatkan program yang mampu membentuk peribadi dan sahsiah yang baik pada setiap peringkat. Antara program yang boleh dilakukan ialah Program Guru Penyayang, Anugerah Cemerlang dalam perkhidmatan dan lain-lain lagi. Program-program seperti ini dapat menyuntik dan memupuk semangat para guru untuk memiliki, dan mengamalkan nilai murni dalam kalangan guru dan mengaplikasikan kepada murid-murid. Ini sekaligus dapat mengurangkan sifat-sifat atau aura-aura negatif dalam kalangan guru tersebut.
Seterusnya ialah menggiatkan program-program yang berfokuskan kepada guru. Guru merupakan model yang terbaik untuk dicontohi oleh murid-murid dan seringkali dikatakan sebagai “role model”. Guru-guru yang mempamerkan ciri-ciri penampilan yang sesuai dimodelkan supaya tidak bertentangan dengan etika guru. Justeru itu, pihak yang berwajib perlu mempergiatkan program yang mampu membentuk peribadi dan sahsiah yang baik pada setiap peringkat. Antara program yang boleh dilakukan ialah Program Guru Penyayang, Anugerah Cemerlang dalam perkhidmatan dan lain-lain lagi. Program-program seperti ini dapat menyuntik dan memupuk semangat para guru untuk memiliki, dan mengamalkan nilai murni dalam kalangan guru dan mengaplikasikan kepada murid-murid. Ini sekaligus dapat mengurangkan sifat-sifat atau aura-aura negatif dalam kalangan guru tersebut.
Akhir sekali,kita
sebagai warga pendidik perlu sentiasa mengamalkan budaya cakna dalam diri kita.
Budaya cakna ini lebih sesuai sekiranya ia dapat dilaksanakan dengan tujuan
untuk memberi ruang dan peluang kepda guru-guru untuk sentiasa memberi
perhatian serta mengikuti segala garis panduan dan arahan yang telah diberikan
untuk melaksanakan sesuatu tindakan. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan
masalah disiplin dalam kalangan murid, guru yang berkenaan perlu melakukannya
berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dengan
merujuk terlebih dahulu kepada tatacara yang telah ditetapkan dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas berhubung dengan Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu
Disiplin Murid.
Kerjaya guru
bukanlah suatu kerjaya yang sembarangan.Ia merupakan suatu ibadah yang tinggi
darjatnya di sisi Allah SWT dan sebahagian daripada modal yang paling kukuh
untuk menjadi syarat melangkahkan kaki ke dalam syurga yang dijanjikan kepada
hambaNya yang benar-nenar layak atas amalan yang telah dilakukannya. Sebagai
pendidik, sumbangannya kepada manusia tidak dapat dikira dengan angka, tidak
dapat diukur dengan nilaian manusia, sekalipun adanya anugerah-anugerah khusus
untuk sang pendidik.
Dari hidup hingga matinya pun, seorang pendidik itu masih mendapat pahala sekiranya ilmu yang dibekalkan itu membawa ke arah kebaikan kepada masyarakat dan selagi terus dimanfaatkan. Oleh yang demikian, seharusnya, seorang guru tersebut memiliki sifat yang sebenar-benarnya melayakkan dirinya digelar sebagai pendidik.
Dari hidup hingga matinya pun, seorang pendidik itu masih mendapat pahala sekiranya ilmu yang dibekalkan itu membawa ke arah kebaikan kepada masyarakat dan selagi terus dimanfaatkan. Oleh yang demikian, seharusnya, seorang guru tersebut memiliki sifat yang sebenar-benarnya melayakkan dirinya digelar sebagai pendidik.
perkongsian menarik ... sy sgt tertarik dgn bahasa penulis ...
ReplyDelete